Skip to main content

Program 3R untuk Sisa Universiti 2025

UTeM Clean-Up Day 2025

Aktiviti pengumpulan dan pengasingan bahan kitar semula seperti plastik, kertas dan tekstil di bawah Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS) 2025, melibatkan staf dan pelajar.

gambar

Pelaksanaan Modul Nota Hijau

Menerapkan amalan 3R melalui penggunaan kertas kitar semula, bahan digital dan alternatif bahan pembelajaran mesra alam. Program bersama JPN Melaka dan SWCorp ini melibatkan lebih 80 sekolah.

gambar

Ceramah Kesedaran bersama Staf PPPK

Memberikan penerangan tentang penggunaan semula bahan, pengasingan sisa kertas dan plastik, prosedur kitar semula serta penggunaan pusat pengumpulan yang ditetapkan.

gambar

Ceramah Kesedaran melalui Program WRUR

Mendidik murid di sekolah seperti SK Bukit Rambai dan SK Duyung tentang pengurangan plastik sekali guna, penggunaan semula bahan dan pengasingan sisa kitar semula.

gambar

19th SAF Go Green Challenge at UTeM
Recycling and Green Culture

19th SAF Go Green Challenge

From Campus to a Green Community

The Student Go Green Committee, in collaboration with the UTeM Smart Environment Centre and UTeM Sports Centre, organised a recyclable waste collection initiative in conjunction with the 2025 Inter-Faculty Games (SAF). The programme featured Plogging Together and the EcoVibe Competition, collecting a total of 2,466 kg of recyclable waste.

Phase 1: 7–9 November 2025 Phase 2: 15–16 November 2025
UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Program Pembuatan & Penghasilan Lilin dari minyak masak terpakai di SMKA Sultan Muhammad.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

PROGRAM EKSPEDISI LESTARI ANJURAN PERBADANAN TEKNOLOGI HIJAU MELAKA SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT DUN KELEBANG TARIKH : 14 OKTOBER 2025.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

25 Julai 2025 Hari Jumaat Ceramah Pengurusan Tenaga & Pembuatan serta Penghasilan Lilin dari minyak masak terpakai di SMK Durian Tunggal.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

15 Januari 2025 Hari Rabu Jam 5:00 —> Jam 7:00 Petang Program “Plogging Fun Hike” Bukit Satria, UTeM.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Program "Plogging At The Lake" 8 Januari 2025 Hari Rabu Jam 4 Petang - 6 Petang

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

01 Julai 2025 Hari Khamis SK Ayer Merbau, Jasin. Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Bemban.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Sungai Udang. Tarikh : 28 Mei 2025 Hari : Rabu Jam : 9:00 Pagi - 1.00 Tengahari Tempat : Sekolah Rendah Kebangsaan Terendak 1, Sungai Udang, Melaka.

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Tarikh : 8 Mei 2025 Tempat : FTKIP Training menghasilkan cenderamata dari plastik HDPE di FTKIP

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Collaborate And Regenerate: Driving Zero Waste Through Circular Economy 2025. Tarikh : 14 Mei 2025 ( Rabu) Masa : 2.00 - 530 petang Tempat : Dewan Kuliah 2. Kompleks Kuliah Aktiviti: 1- Sesi Forum 2- Sesi Bengkel kesedaran ekonomi kitaran 3- Pameran produk ekonomi kitaran sisa kitar semula dari beberapa syarikat di Malaysia

UTeM Programme Activity
Programme and Activities

Program Kesedaran Kitar Semula Bersama Komuniti Sempena Perasmian Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik di Taman Ambassador Village, Durian Tunggal, Melaka Tarikh/Hari : 26 April 2025 / Sabtu Tempat : Dataran Surau Al Falah, Ambassador Village, Durian Tunggal

Baca lagi …Program 3R untuk Sisa Universiti 2025

  • Hits: 416

Inisiatif Pengurangan Sisa, Kitar Semula dan Kecekapan Sumber 2025

KELASTARIAN KAMPUS

Inisiatif Pengurangan Sisa, Kitar Semula dan Kecekapan Sumber

UTeM terus memperkukuh amalan kampus lestari melalui pengurangan sisa, kitar semula, aktiviti guna semula dan program kecekapan sumber. Inisiatif ini dilaksanakan dengan penglibatan staf, pelajar, penyedia perkhidmatan kampus dan rakan luar bagi menyokong persekitaran kampus yang lebih bersih dan bertanggungjawab.

Aktiviti 3R dan Kitar Semula

Aktiviti kitar semula dan 3R dilaksanakan melalui pengasingan sisa, kutipan kitar semula, kempen guna semula, pengkomposan, kutipan minyak masak terpakai dan inisiatif kitar semula tekstil di seluruh kampus.

Pemulihan Sumber dan Inovasi

Beberapa inisiatif kampus juga meneroka kaedah praktikal untuk menukar sisa kepada sumber yang berguna, termasuk inisiatif pengkomposan dan projek yang menggunakan semula minyak masak terpakai kepada produk baharu.

Kerjasama dengan Rakan Kongsi

UTeM bekerjasama dengan agensi dan rakan kongsi seperti SWM Environment, Kloth Cares, SWCorp, Kyutech dan JICA untuk menyokong kemudahan kitar semula, kesedaran alam sekitar dan program kelestarian berasaskan komuniti.

Kesedaran Komuniti

Kesedaran kelestarian juga diperluas ke luar universiti melalui program jangkauan dan pendidikan, termasuk Nota Hijau, yang telah dikongsikan dengan sekolah dan peserta komuniti.

Budaya Kampus Hijau

Aktiviti seperti Clean-Up Day, Go Green Challenge, Mini Karnival Alam Sekitar dan Green Culture Competition membantu menggalakkan tanggungjawab alam sekitar harian dalam kalangan warga universiti.

Rujukan Berkaitan

Laporan terpilih, ringkasan program dan dokumen sokongan disediakan sebagai rujukan.

Baca lagi …Inisiatif Pengurangan Sisa, Kitar Semula dan Kecekapan Sumber 2025

  • Hits: 740

SEJARAH

LATAR BELAKANG PUSAT ALAM SEKITAR PINTAR (CENSEi)


Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan entiti yang berperanan dalam memperkasa agenda kelestarian alam sekitar universiti melalui pendekatan pengurusan yang sistematik, inovatif dan berteraskan teknologi pintar. Penubuhan CENSEi mencerminkan komitmen berterusan UTeM dalam membudayakan amalan kelestarian, memperkukuh tadbir urus alam sekitar serta menyokong pembangunan kampus pintar dan lestari.

Sejarah perkembangan CENSEi bermula pada tahun 2014 melalui penubuhan Pusat Kelestarian Alam Sekitar (PKA) sebagai langkah awal universiti untuk menyelaras dan memperkukuh pelaksanaan inisiatif kelestarian alam sekitar di kampus. Penubuhan PKA menjadi asas kepada pembangunan budaya kampus hijau melalui pelaksanaan program kesedaran alam sekitar, pengurusan sumber secara berhemah serta penglibatan warga universiti dalam aktiviti kelestarian.

Pada tahun 2020, fungsi dan peranan pusat ini diperkembangkan melalui penubuhan Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar. Perkembangan ini mencerminkan usaha universiti untuk memperkukuh pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta kelestarian alam sekitar secara lebih bersepadu. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pematuhan perundangan, pengurusan risiko, keselamatan persekitaran kampus dan pelaksanaan amalan kerja yang selamat serta mesra alam.

Baca lagi …SEJARAH

  • Hits: 267

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.