Skip to main content

Pengurusan Air UTeM

Pengurusan air UTeM merupakan usaha sistematik dalam memantau dan mengurus penggunaan sumber air di seluruh kampus. Pengurusan yang baik penting bagi memastikan penggunaan air secara cekap, mengurangkan pembaziran serta memelihara sumber air dan alam sekitar. CENSEi menyokong usaha ini melalui pemantauan data penggunaan air, penggalakan amalan penjimatan air dan kesedaran terhadap penggunaan sumber secara bertanggungjawab ke arah mewujudkan kampus yang lebih lestari.

Laporan Penggunaan Air SAMB UTeM

Laporan yang merekodkan penggunaan air UTeM berdasarkan bekalan air daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), termasuk data penggunaan dan pemantauan penggunaan air di kampus.

Laporan Ujian Air Tasik A, B, C UTeM

Laporan berkaitan hasil ujian dan pemantauan kualiti air di Tasik A, B dan C UTeM bagi menilai keadaan air serta memastikan kesesuaiannya dari aspek alam sekitar.

Pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan

Inisiatif mengumpul dan menyimpan air hujan untuk digunakan semula bagi keperluan yang bersesuaian, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air terawat dan pembaziran sumber air.

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.