Virtual Energy Manager
Virtual Energy Manager (VEM) ialah sistem berasaskan perisian pintar dan Internet of Things (IoT) yang berfungsi sebagai "pengurus tenaga automatik" untuk memantau, menganalisis, dan mengoptimumkan penggunaan tenaga elektrik di sesuatu bangunan atau kampus secara masa nyata (real-time).
Virtual Energy Manager
Dashboard UTeM
Paparan Utama UTeM dibangunkan sebagai langkah strategik universiti untuk memperkukuh pelaksanaan AEMAS Sustainable Energy Management System (SEMS) serta menyokong aspirasi Blueprint UTeM Pintar Lestari 2025. Platform ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengurusan tenaga berasaskan data serta meningkatkan ketelusan maklumat kelestarian di seluruh kampus.
Klik butang di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai dokumen berkaitan Paparan Utama UTeM.
Bidang Tenaga
Tenaga Boleh Dibaharui
Tenaga boleh baharu ialah tenaga daripada sumber semula jadi seperti cahaya matahari, air dan bahan organik. Di UTeM, penggunaan tenaga bersih menyokong usaha meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan pelepasan karbon dan membangunkan kampus lestari. Antara kategorinya ialah tenaga solar, bioenergi dan tenaga hidro.
Tenaga Boleh Dibaharui
Pemasangan Panel Solar
Pemasangan panel solar fotovoltaik (PV) di UTeM merupakan salah satu projek kecekapan tenaga dan tenaga boleh baharu (Renewable Energy) terunggul yang dilaksanakan di bawah Blueprint UTeM Pintar Lestari 2025. Inisiatif ini direka untuk mengurangkan kebergantungan kepada grid elektrik utama, merendahkan kos operasi utiliti, serta menyokong sasaran universiti ke arah Kampus Rendah Karbon 2030 dan Keneutralan Karbon 2050.
Klik butang di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai perancangan pemasangan panel solar di UTeM.
Bidang Tenaga

Bio-tenaga
Bio-tenaga ialah tenaga boleh baharu yang dihasilkan daripada bahan organik seperti sisa pertanian, tumbuhan dan sisa makanan. Penggunaannya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil serta menyokong kelestarian tenaga di UTeM.







