KELESTARIAN KAMPUS
Inisiatif Pengurangan Sisa, Kitar Semula dan Kecekapan Sumber
UTeM terus memperkukuh amalan kampus lestari melalui pengurangan sisa, kitar semula, aktiviti guna semula dan program kecekapan sumber. Inisiatif ini dilaksanakan dengan penglibatan staf, pelajar, penyedia perkhidmatan kampus dan rakan luar bagi menyokong persekitaran kampus yang lebih bersih dan bertanggungjawab.

Aktiviti 3R dan Kitar Semula
Aktiviti 3R dan kitar semula merangkumi pengumpulan serta pengasingan kertas, kotak, tin, e-waste, plastik, fabrik dan minyak masak terpakai untuk ditukar kepada wang tunai melalui Program Trash to Cash, sumbangan pakaian dan beg yang masih elok untuk diguna semula bagi mengurangkan sisa serta penggunaan plastik sekali guna, di samping hebahan kesedaran berkaitan amalan 3R dan Akta 672.

Pemulihan Sumber dan Inovasi
Inisiatif pemulihan sumber dan inovasi merangkumi baik pulih peralatan elektrik untuk memanjangkan jangka hayatnya dan mengurangkan e-waste serta penghasilan perabot dan cenderamata daripada sisa plastik terpakai, termasuk penyerahan mesin kepada komuniti Kampung Bukit Pulau.

Kerjasama dengan Rakan Kongsi
Kerjasama UTeM dengan AEON Melaka melalui program kelestarian yang merangkumi penghasilan lilin daripada minyak masak terpakai, produk HDPE dan pameran teknologi tenaga pintar.

Kesedaran Komuniti
Pemerkasaan komuniti Kampung Bukit Pulau dilaksanakan melalui kemahiran memanfaatkan sisa plastik untuk menjana pendapatan serta perkongsian ilmu kelestarian dan teknologi hijau yang menghubungkan universiti, industri dan komuniti.

Budaya Kampus Hijau
Budaya kampus hijau dipupuk melalui amalan 3R, pengasingan sisa, penjimatan tenaga, penggunaan dokumen digital, kempen membawa bekas makanan, tumbler dan beg guna semula untuk mengurangkan plastik sekali guna serta aktiviti berkumpulan dan program kelestarian yang meningkatkan pengetahuan serta penglibatan warga UTeM dalam penjagaan alam sekitar.
Rujukan Berkaitan
Laporan terpilih, ringkasan program dan dokumen sokongan disediakan sebagai rujukan.


