KELESTARIAN KAMPUS
INISIATIF & AKTIVITI PENGURUSAN TENAGA
UTeM terus memperkukuh amalan pengurusan tenaga melalui pemantauan penggunaan elektrik, pelaksanaan inisiatif kecekapan tenaga dan penerapan teknologi tenaga boleh baharu. Usaha ini dilaksanakan dengan penglibatan warga kampus bagi mengoptimumkan penggunaan tenaga, mengurangkan pembaziran elektrik dan pelepasan karbon serta menyokong pembangunan kampus yang lebih cekap tenaga dan lestari.
Program Latihan Berterusan UTeM mengenai Sistem Pengurusan Tenaga Mampan (SEMS):
Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) telah berjaya menganjurkan Webinar Series 1 : Introduction To Electric Vehicles yang berlangsung secara dalam talian menerusi platform Microsoft Teams pada 28 Januari 2026. Program yang berdurasi selama dua jam tersebut, bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, dianjurkan bagi memberi pendedahan asas serta meningkatkan kefahaman warga komuniti mengenai ekosistem kenderaan elektrik (EV).
Menerusi webinar ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai topik utama berkaitan EV, merangkumi konsep asas, perkembangan teknologi terkini, kelebihan penggunaan dari sudut alam sekitar, serta cabaran yang dihadapi dalam industri mobiliti. Sesi ini turut menekankan peranan kritikal teknologi EV dalam memacu masa depan pengangkutan yang lebih lestari, seiring dengan aspirasi CENSEi dalam memperkasa kesedaran alam sekitar yang pintar dan hijau.
Majlis Apresiasi MaPTeP 2025
Majlis Apresiasi MaPTeP 2025 merupakan inisiatif penghargaan terhadap komitmen dan usaha Pusat Tanggungjawab (PTj) dalam melaksanakan amalan pengurusan tenaga secara sistematik di UTeM. Inisiatif ini menyokong peningkatan kecekapan penggunaan tenaga, pengukuhan budaya penjimatan tenaga serta usaha berterusan ke arah kampus yang lebih lestari.
Latihan Virtual Energy Manager (VEM) Platform Training Sessions
Latihan Virtual Energy Manager (VEM) Platform Training Sessions diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan platform VEM untuk pemantauan dan pengurusan tenaga. Latihan ini menyokong penggunaan teknologi pintar bagi membantu pemantauan penggunaan tenaga secara sistematik, meningkatkan kecekapan tenaga serta memperkukuh inisiatif pengurusan tenaga lestari di UTeM.
Lawatan Enproserve (M) Sdn. Bhd. ke UTeM
Latihan Virtual Energy Manager (VEM) Platform Training Sessions diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan platform VEM untuk pemantauan dan pengurusan tenaga. Latihan ini menyokong penggunaan teknologi pintar bagi membantu pemantauan penggunaan tenaga secara sistematik, meningkatkan kecekapan tenaga serta memperkukuh inisiatif pengurusan tenaga lestari di UTeM.
AEON X UTeM: Bridging University, Industry and Community Through STEM and AI
Program AEON X UTeM bertujuan menghubungkan universiti, industri dan komuniti melalui pendekatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Kecerdasan Buatan (AI). Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan inovasi teknologi, berkongsi pengetahuan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan teknologi dalam kehidupan seharian. Inisiatif ini turut membuka ruang untuk mengetengahkan usaha UTeM dalam menyokong pembangunan teknologi dan kelestarian komuniti.


