Skip to main content

PPAS 2023

Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) 2023

Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) merupakan satu usaha bersepadu pelaksanaan program-program kesedaran berkaitan 3R dan amalan hijau dalam satu rangka perancangan dan pelaksanaan yang strategik. Tujuannya adalah untuk melaksanakan program kesedaran keprihatinan alam sekitar yang berterusan dan menyeluruh bagi mencapai agenda kelestarian UTeM iaitu UTeM Lestari. Selain itu, pelaksanaan secara bersepadu ini memberi ruang kepada warga UTeM untuk membudayakan dan menghayati agenda kelestarian secara terfokus.

 

PPAS UTeM merupakan program tahunan yang dirancang untuk memastikan momentum penghayatan dan budaya amalan hijau berterusan bukan hanya di UTeM tetapi juga budaya ini diterapkan dalam keluarga dan menjadi contoh tauladan dalam masyarakat.  Penjenamaan semula Minggu Alam Sekitar (MAS) UTeM kepada Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) pada 2019 memberi ruang pelaksanaan aktiviti dijalankan secara berterusan sepanjang tahun.

 

Aktiviti dan dan program yang dirancang di dalam PPAS ini direncana secara dinamik akan memberi peluang untuk warga UTeM khususnya dan komuniti sekitar Melaka meneroka aspek kelestarian dan penjanaan yang boleh terhasil dari sisa 3R.  Pelaksanaan program ini juga sebagai satu usaha universiti dan komuniti bagi mendokong aspirasi dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 12 Responsible Consumption and Production dan SDG 17 iaitu Partnership for the Goals, di mana perlunya ada kerjasama dan jalinan sesebuah institusi dalam usaha ke arah pembangunan yang lebih lestari.

 

Aktiviti yang dirancang akan dijalankan secara berfokus melibatkan pelbagai sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan yang berkaitan seperti Earth Hour, Earth Day, Global Recycling Day, World Water Day dan juga World Environment Day.

 AKTIVITI PPAS 2023 UTeM

  • PROGRAM TRASH TO CASH

    Tarikh            :  12 April 2023 (Rabu)
    Masa              :  8.30 pagi – 12.30 tengahari
    Tempat          :  Tempat letak kereta, Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM
  • PERTANDINGAN MENCIPTA STIKER JIMAT PENGGUNAAN AIR

  • CABARAN SUDUT TENAGA & AMALAN HIJAU MENARIK PTj DI UTeM

  • ENVIRONMENT CHALLENGE

    Tarikh            :  18-19 November 2023
    Masa              :  8.30 pagi – 4.30 tengahari
    Tempat          :  Sekitar Kawasan Kompleks Sukan
  • PERTANDINGAN ALBUM DIGITAL UTeM LESTARI

Baca lagi …PPAS 2023

  • Hits: 129

PPAS 2024

Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) 2024

Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) merupakan satu usaha bersepadu pelaksanaan program-program kesedaran berkaitan 3R dan amalan hijau dalam satu rangka perancangan dan pelaksanaan yang strategik. Tujuannya adalah untuk melaksanakan program kesedaran keprihatinan alam sekitar yang berterusan dan menyeluruh bagi mencapai agenda kelestarian UTeM iaitu UTeM Lestari. Selain itu, pelaksanaan secara bersepadu ini memberi ruang kepada warga UTeM untuk membudayakan dan menghayati agenda kelestarian secara terfokus.

 

PPAS UTeM merupakan program tahunan yang dirancang untuk memastikan momentum penghayatan dan budaya amalan hijau berterusan bukan hanya di UTeM tetapi juga budaya ini diterapkan dalam keluarga dan menjadi contoh tauladan dalam masyarakat.  Penjenamaan semula Minggu Alam Sekitar (MAS) UTeM kepada Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) pada 2019 memberi ruang pelaksanaan aktiviti dijalankan secara berterusan sepanjang tahun.

 

Aktiviti dan dan program yang dirancang di dalam PPAS ini direncana secara dinamik akan memberi peluang untuk warga UTeM khususnya dan komuniti sekitar Melaka meneroka aspek kelestarian dan penjanaan yang boleh terhasil dari sisa 3R.  Pelaksanaan program ini juga sebagai satu usaha universiti dan komuniti bagi mendokong aspirasi dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 12 Responsible Consumption and Production dan SDG 17 iaitu Partnership for the Goals, di mana perlunya ada kerjasama dan jalinan sesebuah institusi dalam usaha ke arah pembangunan yang lebih lestari.

 

Aktiviti yang dirancang akan dijalankan secara berfokus melibatkan pelbagai sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan yang berkaitan seperti Earth Hour, Earth Day, Global Recycling Day, World Water Day dan juga World Environment Day.

AKTIVITI PPAS 2024

AKTIVITI KESEDARAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR PPAS 2024 UTeM :

1. Ceramah berkaitan kelestarian dan Amalan Hijau

2. Kempen Program Duta UTeM Lestari

3. Hari Kitar Semula

4. World Clean-Up Day

5. Program Knowledge Sharing Transfer (KSTP)

6. Program Kempen Guna Air Berhemah

7. Kempen Jom Guna Eco Bag

AKTIVITI PERTANDINGAN PPAS 2024 UTeM :

1. Pertandingan Eco-Art: Inspirasi Melestari AI (Artificial Intelligence) dan Alam Sekitar

2. Pertabdingan Cabaran Sudut Tenaga dan Amalan Hijau PTj

3. Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau UTeM

4. Environment Challenge 2024

Baca lagi …PPAS 2024

  • Hits: 211

PPAS 2025

Program Penghayatan Alam Sekitar 2025

Aktiviti PPAS 2025

Aktiviti Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar PPAS 2025 UTeM:

1. Jerayawara Blueprint UTeM Pintar Lestari 

2. Kempen Program Duta UTeM Lestari (pelajar UTeM)

3. Hari Kitar Semula UTeM

4. World Clean-Up Day (WCD) 2025

5. Program Knowledge Sharing Transfer (KSTP)

6. Program Kempen Guna Air Berhemah

Aktiviti Pertandingan PPAS 2025 UTeM

1. Pertandingan Cabaran Sudut Tenaga dan Amalan Hijau PTj

2. Pertandingan Pembudayaan Amalan Hijau PTj UTeM

3.  Environment Challenge 2025 Kategori IPTA

4.  Pertandingan Kuiz Hari Alam Sekitar 2025 UTeM (atas talian)

5.  Pertandingan menulis artikel sempena Hari Alam Sekitar Negara 2025

6.  Pertandingan Pembentangan kreatif Kemenjadian pelajar : Nota Hijau

Baca lagi …PPAS 2025

  • Hits: 277

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang merupakan penghargaan yang diberikan kepada warga UTeM yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, komitmen tinggi serta dedikasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Pengiktirafan ini menjadi tanda penghargaan atas sumbangan dan usaha dalam menyokong kecemerlangan perkhidmatan universiti.

  • Dr. Khairul Fadzli bin Samat

    Penyelaras Pengurusan Sisa

  • Ts. Dr. Mohamed Fani Bin Sulaima

    Timbalan Pengarah CENSEi

  • Dr. Mohamad Firdaus Bin Sukri

    Ketua Bahagian Tenaga Pintar

  • Pn. Siti Rohana Binti Omar

    Pengurus (Amalan Hijau) Unit Amalan Hijau

  • En. Azlan Bin Ahmad

    Penolong Jurutera Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

  • En. Mohd Ridzuan Bin Jamaludin

    Penolong Jurutera Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

  • Pn. Mawarni Binti Manan

    Penolong Jurutera Bahagian Tenaga Pintar

Baca lagi …ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

  • Hits: 452

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.