Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) merupakan satu usaha bersepadu pelaksanaan program-program kesedaran berkaitan Alam Sekitar dalam satu rangka perancangan dan pelaksanaan yang strategik. Tujuannya adalah untuk melaksanakan program kesedaran keprihatinan alam sekitar yang berterusan dan menyeluruh bagi mencapai agenda kelestarian UTeM iaitu UTeM Lestari.
PPAS 2022 UTeM meneruskan kesinambungan pelaksanaan PPAS 2021 UTeM dalam pelaksanaan aktiviti pengukuhan kesedaran kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga UTeM dan juga masyarakat setempat. Pelaksanaan PPAS pada tahun ini menyasarkan aktiviti dan program yang berimpak tinggi dalam konteks amalan hijau dengan peluang kolaborasi bersama agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, juga Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Southern Waste Management (SWM) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Kolaborasi dengan agensi ini akan diperkukuhkan dan diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya dengan ikatan Memorandum persefahaman (MoU) dan juga Memorandum Perjanjian (MoA).
Aktiviti dan dan program yang dirancang di dalam PPAS ini direncana secara dinamik seiring dengan keperluan situasi pandemik kini. Berikutan ini, pelaksanaan PPAS perlu mengambil kira medium dan aktiviti yang sesuai bagi mematuhi Standard Operation Prosedure (SOP) pandemik Covid-19. Sebahagian besar pelaksanaan aktiviti PPAS telah dijalankan secara atas talian (online) dan ini telah memberi ruang yang lebih mudah dan meluas kepada peserta untuk menyertai aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan. Aktiviti-aktiviti yang dirancang akan melibatkan juga pelbagai sambutan hari alam sekitar kebangsaan yang berkaitan seperti Earth Hour, Earth Day, Global Recycling Day, World Water Day dan juga World Environment Day.
AKTIVITI PPAS 2022 UTeM
JERAYAWARA (ROADSHOW) PUSAT ALAM SEKITAR PINTAR (CENSEi) SIRI 1