Skip to main content

Digital Document Management System (DDMS 2.0)

Dilaksanakan sejak 2021 untuk mengurus dokumen rasmi dan surat-menyurat secara digital, sekali gus mengurangkan penggunaan kertas.

myMesyuarat

Menggantikan dokumen mesyuarat bercetak dengan bahan digital yang disediakan, dikongsi dan disemak secara elektronik. Digunakan untuk lebih 100 mesyuarat rasmi setahun.

Garis Panduan Pengurusan e-CourseFile

Menggalakkan pensyarah memuat naik bahan pengajaran, pentaksiran dan laporan secara elektronik bagi mengurangkan fail akademik bercetak.

Amalan Tanpa Kertas dan Poster “Tip Penjimatan Kertas”

Peringatan dalam e-mel serta poster berhampiran pencetak menggalakkan pencetakan hanya apabila perlu, penggunaan kedua-dua belah kertas dan penggunaan semula helaian bercetak.

Edaran E-Dokumen melalui E-mel dan Laman Web

mel dan Laman Web Pekeliling, notis dan dokumen rasmi dikongsi melalui pautan atau lampiran PDF untuk mengurangkan keperluan mencetak.

INFO UTeM

Menyampaikan pengumuman, kempen, maklumat keselamatan dan dasar universiti secara digital tanpa bergantung pada bahan bercetak.

Kempen “Bawa Eco Beg: Lestarikan Gaya Hidup Anda”

Kerjasama CENSEi dan Koperasi UTeM untuk menggalakkan penggunaan beg guna semula bagi mengurangkan plastik sekali guna semasa membeli-belah.
Program Trash To Cash UTeM 2025
Kitar Semula dan Pengurusan Sisa

Program Trash To Cash UTeM 2025

Tukar Sisa kepada Nilai

Program Trash To Cash UTeM 2025 telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sokongan serta penyertaan yang memberangsangkan daripada staf, pelajar dan masyarakat sekitar kampus UTeM.

Sebanyak 3,951 kg sisa berjaya dikumpulkan melalui program ini.

Jumlah Kutipan Mengikut Kategori

Fabrik1,202 kg
Minyak920 kg
Kertas910 kg
Plastik43 kg
Besi30 kg
E-Waste846 kg

Tarikh: 5 Februari 2025 (Rabu)

Masa: 8:30 pagi – 1:00 tengah hari

Tempat: Perkarangan Tempat Letak Kereta Masjid UTeM

Baca Selanjutnya di Facebook

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.