Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) 2023

Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) merupakan satu usaha bersepadu pelaksanaan program-program kesedaran berkaitan 3R dan amalan hijau dalam satu rangka perancangan dan pelaksanaan yang strategik. Tujuannya adalah untuk melaksanakan program kesedaran keprihatinan alam sekitar yang berterusan dan menyeluruh bagi mencapai agenda kelestarian UTeM iaitu UTeM Lestari. Selain itu, pelaksanaan secara bersepadu ini memberi ruang kepada warga UTeM untuk membudayakan dan menghayati agenda kelestarian secara terfokus.
PPAS UTeM merupakan program tahunan yang dirancang untuk memastikan momentum penghayatan dan budaya amalan hijau berterusan bukan hanya di UTeM tetapi juga budaya ini diterapkan dalam keluarga dan menjadi contoh tauladan dalam masyarakat. Penjenamaan semula Minggu Alam Sekitar (MAS) UTeM kepada Program Penghayatan Alam Sekitar (PPAS UTeM) pada 2019 memberi ruang pelaksanaan aktiviti dijalankan secara berterusan sepanjang tahun.
Aktiviti dan dan program yang dirancang di dalam PPAS ini direncana secara dinamik akan memberi peluang untuk warga UTeM khususnya dan komuniti sekitar Melaka meneroka aspek kelestarian dan penjanaan yang boleh terhasil dari sisa 3R. Pelaksanaan program ini juga sebagai satu usaha universiti dan komuniti bagi mendokong aspirasi dalam Sustainable Development Goals (SDG) yang ke 12 Responsible Consumption and Production dan SDG 17 iaitu Partnership for the Goals, di mana perlunya ada kerjasama dan jalinan sesebuah institusi dalam usaha ke arah pembangunan yang lebih lestari.
Aktiviti yang dirancang akan dijalankan secara berfokus melibatkan pelbagai sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan yang berkaitan seperti Earth Hour, Earth Day, Global Recycling Day, World Water Day dan juga World Environment Day.
AKTIVITI PPAS 2023 UTeM

PROGRAM TRASH TO CASH

PERTANDINGAN MENCIPTA STIKER JIMAT PENGGUNAAN AIR

CABARAN SUDUT TENAGA & AMALAN HIJAU MENARIK PTj DI UTeM

ENVIRONMENT CHALLENGE



