Skip to main content

Soalan Lazim

Maklumat & Soalan Lazim

Bahagian Tenaga Pintar

Apakah objektif Matrik Pengurusan Tenaga PTj –(MaPTeP)?

Untuk menilai pelaksanaan dan aktiviti  Jawatankuasa Pengurusan Tenaga PTj.

Apakah objektif laporan penggunaan tenaga bulanan PTj?

Untuk memantau penggunaan tenaga elektrik di setiap PTj.

 

Apakah objektif pengurusan tenaga UTeM?
  • Untuk mengurangkan jejak karbon melalui pengurusan tenaga, air dan bahan api kenderaan yang cekap.

  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak tiga (3) peratus setahun bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan mulai tahun 2015.

  • Untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak lapan belas (18) peratus pada Tahun Fiskal 2020 bagi setiap satu meter persegi ruang bangunan (dengan menggunakan Tahun Fiskal 2014 sebagai asas).

Apakah tujuan Dasar Pengurusan Tenaga UTeM?

Dasar ini bertujuan untuk menerangkan pengurusan tenaga di Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

Apakah tujuan Garis Panduan Pengurusan Tenaga UTeM?

Garis Panduan ini bertujuan untuk menjelaskan dan mengukuhkan kefahaman mengenai keperluan pemuliharaan tenaga, air dan bahan api kenderaan untuk mengurangkan kos operasi kepada staf, pelajar, pekerja bukan staf, dan pelawat UTeM.

Apakah GGP?

GGP ialah Perolehan Hijau Kerajaan. Pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam yang mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, serta meminimumkan dan mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Apakah kepentingan GGP?
  • Mewujudkan peluang inovasi dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan.

  • Mewujudkan pasaran yang lebih besar dan baharu untuk penyelesaian kemampanan yang inovatif.

  • Salah satu bidang yang berpotensi untuk menggalakkan pelaburan dan meningkatkan keyakinan perniagaan di Malaysia 

  • Untuk kelestarian alam sekitar
Bagaimana cara untuk jimat tenaga?
  • Padamkan lampu di ruang yang tidak digunakan

  • Gunakan tangga untuk naik ke aras lain

  • Meletakkan komputer peribadi ke sleep mode apabila tidak digunakan

  • Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan

  • Jangan buka tingkap apabila pendingin hawa sedang beroperasi

  • Pastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat.

  • Maklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang kerosakan

Apakah yang difahami dengan cekap tenaga?

Cara penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang dan menghasilkan keputusan/output yang lebih baik. Penggunaan tenaga yang kurang untuk menyempurnakan kerja yang serupa atau menikmati keselesaan yang sama.

Apakah kepentingan penarafan EMGS 3 Bintang kepada UTeM?
  • Penarafan EMGS 3-Bintang adalah penarafan yang telah dimasukkan dalam Pelan Strategik UTeM 2023-2025 yang perlu diperolehi dan dikekalkan.

  • Sistem Pengurusan Tenaga lestari diamalkan di setiap PTj bagi memastikan pematuhan penurunan penggunaan tenaga elektrik pada kadar 3% secara konsisten sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

  • Melalui penarafan EMGS 3-Bintang ini, UTeM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai pengamal pengurusan tenaga yang baik dan boleh menjadi model terbaik kepada organisasi lain di Melaka, Malaysia dan di peringkat ASEAN.

  • UTeM juga menjadi Malaysia Technical University Network (MTUN) Pertama dan Universiti Awam Kedua di Malaysia menerima penarafan bintang ini.

  • Untuk mencapai SDG 7 (Affordable and Clean Energy) dan SDG 11 (Sustainable Cities and Communities).

  • Membantu menaikkan markah dalam UI World Green Matric Rankings dan THE Impact Ranking dan QS Sustainability Rankings.
Bagaimanakah cara meningkatkan kesedaran kepada pengguna elektrik supaya dapat mengunakannya secara cekap dan berhemah?
  • Tingkatkan kefahaman staf dan pelajar berkaitan polisi kecekapan tenaga.

  • Libatkan semua staf dan pelajar dengan aktiviti kesedaran.

  •  Wujudkan Kelab Tenaga di kalangan pelajar.

  • Komited dengan laporan ringkas berkala tentang aktiviti kecekapan tenaga.

  •  Libatkan media sebagai medium promosi, website FB dan lain-lain.

  •  Inovasi berkaitan kecekapan tenaga diwar-warkan ke luar.

Bahagian Amalan Hijau

Apakah definisi amalan hijau?

Definisi amalan hijau ialah mengurangkan atau meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia, pembangunan, aplikasi produk dan peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar (alam semulajadi). 

Apakah Teknologi Hijau?

Merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut :

  • Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran.

  • Mempunyai pembebasan Gas Rumah hijau (GHG) yang rendah atau sifar.

  • Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.

  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli.

  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Apakah objektif amalan hijau di UTeM?
  • Melaksanakan tadbir urus dari aspek pentadbiran dan sumber bagi memastikan
    misi dan visi berkaitan amalan hijau tercapai.
  • Melaksanakan tadbir urus dari aspek penyelidikan dan pengajian bagi memastikan
    misi dan visi berkaitan amalan hijau tercapai.
  • Memantau aspek pembangunan sahsiah warga UTeM bagi memastikan misi dan
    visi berkaitan alam hijau tercapai.
  • Melaporkan analisa penggunaan tenaga dan inisiatif penjimatan semasa kepada
    pengurusan tertinggi.
Bagaimana cara mengamalkan 3R (Reduce - Reuse - Recycle) di pejabat?
  • Berhemat dalam penggunaan alat tulis.

  • Cetak atau membuat salinan hanya jika perlu.

  • Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal.

  • Guna semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf).

  • Guna semula sampul surat dan fail yang telah digunakan.

  • Fikir dahulu sebelum buang.

  • Gunakan tong kitar semula yang betul.

  • Pesanan makanan untuk mesyuarat/majlis dibuat mengikut keperluan.
Bagaimana menggunakan produk mesra alam di pejabat?
  • Gunakan bahan kimia biorosot untuk pembersihan dan penyelenggaraan pejabat.

  • Nilai kebolehupayaan produk untuk dikitar semula.

  • Amalkan perolehan hijau.

  • Elakkan penggunaan botol air plastik.

  • Elakkan penggunaan penyegar udara di pejabat.
Bagaimana cara jimatkan air?
  • Kawal penggunaan air.

  • Pastikan pili air ditutup rapat.

  • Elakkan `flushing` yang tidak perlu.

  • Maklumkan juruteknik dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran.
Bagaimana menguruskan kenderaan secara mesra alam?
  • Penggunaan kenderaan pasukan secara optima dengan merancang perjalanan berkonsepkan berkongsi kenderaan (car pool) untuk destinasi yang sama.

  • Merancang penggunaan kenderaan secara teratur dengan membuat penjadualan dengan menggilirkan penggunaan.

  • Menggunakan bahan pencuci biodegradable yang mesra alam dan lebih organik untuk mencuci enjin, tangan dan peralatan bengkel.

  • Pengurusan bengkel pengangkutan hendaklah lebih terurus bagi pelupusan minyak engin dan alat ganti terpakai dan mengamalkan konsep 5S.

  • Tidak membiarkan enjin kenderaan melahu (idling) dan memasang alat pendingin hawa (air cond) semasa menunggu penumpang.
Bagaimana mengutamakan produk dan perkhidmatan hijau?
  • Memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan hijau.

  • Mengurangkan penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia atau bertoksik di dalam aktiviti pembersihan atau pencucian pejabat.

  • Menggantikan lampu yang rosak dengan lampu yang jimat tenaga seperti Compact Fluorescent Lamp (CFL), lampu tiub T5, Induction Light dan Light Emitting Diode (LED).

  • Elakkan penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan menggalakkan pembungkus makanan yang mesra alam.
Apakah kebaikan Teknologi Hijau?
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  • Menguruskan penggunaan sumber alam semula jadi.

  • Meningkatkan kesihatan manusia.

  • Mengurangkan perubahan iklim.

Pengurusan Sisa?
  • Sistem kitar semula mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan buangan seperti kertas, plastik, kaca dan logam. Mereka mengurangkan sisa tapak pelupusan, memulihara sumber dan meminimumkan pencemaran, bergantung pada kemudahan pengasingan, kesedaran awam dan pengendalian yang betul untuk kadar pemulihan yang tinggi.

  • Pengeluaran biogas melibatkan pencernaan anaerobik sisa organik untuk menjana biogas, terutamanya metana dan CO2, digunakan untuk pemanasan, elektrik atau bahan api. Hasil sampingan, penghadaman, berfungsi sebagai baja semula jadi, mengurangkan sisa dan pelepasan gas rumah hijau sambil menyediakan sumber tenaga yang mampan.

  • Pengkomposan ialah kaedah pengurusan sisa makanan yang mengurai organik sisa seperti sisa makanan dan hiasan halaman ke dalam tanah yang kaya dengan nutrien. Proses ini, dibantu oleh mikroorganisma, memperkayakan tanah untuk pertanian dan berkebun, mengurangkan sisa tapak pelupusan dan mengurangkan pelepasan metana.

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.