
Pensijilan Energy Management Gold Standard (EMGS)
Energy Management Gold Standard (EMGS) merupakan piawaian yang menilai tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan tenaga sesebuah organisasi. Pelaksanaan EMGS membantu UTeM mengenal pasti peluang penjimatan tenaga, mengurangkan penggunaan tenaga dan kos operasi, serta meningkatkan kecekapan sistem tenaga. Ia juga menyokong komitmen UTeM dalam mencapai pengurusan tenaga yang sistematik dan kelestarian kampus.






