Skip to main content
Bidang Tenaga

Kecekapan Tenaga

Usaha mengoptimumkan penggunaan tenaga bagi mengurangkan pembaziran, menjimatkan kos elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon tanpa menjejaskan keselesaan serta operasi harian.


AEMAS

ASEAN Energy Management Scheme

AEMAS (ASEAN Energy Management Scheme) merupakan skim serantau yang bertujuan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga melalui pelaksanaan sistem pengurusan tenaga yang sistematik dan berterusan. Skim ini memberi penekanan kepada pengurangan penggunaan tenaga, penjimatan kos operasi, peningkatan kesedaran terhadap kecekapan tenaga serta pengurangan pelepasan gas rumah hijau.


    MaPTeP

    Matrik Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga

    MaPTeP bermaksud Matrik Penilaian Sistem Pengurusan Tenaga. Ia merupakan satu instrumen audit dan sistem penilaian tahunan yang digunakan untuk mengukur serta menilai tahap kecekapan amalan pengurusan tenaga di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

    Bidang Tenaga

    HIJAU MOBILITI

    Sebagai manifestasi komitmen UTeM terhadap kelestarian persekitaran global, Hijau Mobiliti bertindak sebagai inisiatif strategik CENSEi dalam memperkasa budaya pengangkutan mampan. Menerusi pemerkasaan teknologi kenderaan elektrik (EV) dan mikromobiliti, inisiatif ini komited mereduksi jejak karbon serta pencemaran udara demi mewujudkan persekitaran kampus yang lestari secara holistik.

    Klik butang di bawah untuk maklumat lanjut mengenai stesen pengecas EV di UTeM.

    Bidang Tenaga

    Tenaga Hidro

    Tenaga hidro ialah tenaga boleh baharu yang menggunakan aliran air untuk menjana elektrik. Penggunaannya dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan pelepasan karbon, sekali gus menyokong usaha CENSEi UTeM ke arah kelestarian alam sekitar.


    HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.