Skip to main content

Garis Panduan Bahagian Amalan Hijau

Polisi Pengurusan Sisa Pepejal dan Buangan Terjadual UTeM

Polisi Pengurusan Sisa Pepejal dan Buangan Terjadual Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyediakan kerangka pengurusan sisa yang sistematik bagi memastikan sisa pepejal dan buangan terjadual di kampus diurus secara bertanggungjawab, selamat dan mematuhi keperluan perundangan. Polisi ini berkuat kuasa pada 30 Jun 2016 dan terpakai kepada staf, pelajar, pekerja bukan staf serta pelawat yang berada di kawasan kampus UTeM.

Polisi ini memberi penekanan kepada pengurangan penjanaan sisa, guna semula, kitar semula, pengasingan dan pelupusan yang teratur, di samping membudayakan amalan pengurusan sisa yang lestari dalam komuniti kampus. Bagi buangan terjadual, pengurusan merangkumi pengenalpastian, pelabelan, pengasingan, penyimpanan, inventori serta pelupusan melalui kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Blueprint Pelan Induk UTeM Pintar Lestari 2035

Blueprint Pelan Induk UTeM Pintar Lestari 2035 merupakan dokumen strategik yang menggariskan hala tuju Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ke arah pembangunan universiti yang pintar, lestari dan berdaya tahan menjelang tahun 2035.

Blueprint ini menjadi panduan dalam menyelaras perancangan dan pelaksanaan agenda kelestarian universiti secara lebih sistematik, merangkumi pengurusan kampus, penggunaan sumber, pembangunan infrastruktur, pembudayaan kelestarian serta penglibatan warga universiti dan komuniti.

Pelaksanaannya menyokong aspirasi UTeM Lestari serta memperkukuh sumbangan universiti terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) melalui pendekatan yang lebih bersepadu dan berimpak.

Deklarasi Komitmen Kelestarian UTeM

Deklarasi Komitmen Kelestarian UTeM merupakan pernyataan komitmen universiti yang digariskan melalui Blueprint Pelan Induk UTeM Pintar Lestari 2035. Deklarasi ini mencerminkan kesungguhan UTeM dalam melaksanakan agenda kelestarian secara terancang dan berterusan ke arah pencapaian aspirasi UTeM Pintar Lestari 2035.

Komitmen yang digariskan merangkumi bidang-bidang utama kelestarian universiti dan menjadi panduan kepada warga UTeM dalam membudayakan amalan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, penggunaan sumber dan pengurusan kampus.

Deklarasi komitmen yang terkandung dalam Blueprint Pelan Induk UTeM Pintar Lestari 2035 adalah seperti berikut:

Penggunaan Lestari & Perolehan Bertanggungjawab
Pengurusan & Pelupusan Sisa Berbahaya
Pengukuran Sisa & Kitar Semula
Pengurangan Penggunaan Plastik
Pengurangan Barangan Pakai Buang
Pengurangan Barangan Pakai Buang – Perkhidmatan Luar
Pengurangan Sumber – Pembekal & Kontraktor

HAKCIPTA © CENSEi 2026. DIREKA OLEH CENSEi. SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA.