Image

MENGENAI CENSEi

Bermula 1 Julai 2022 yang lalu, Pejabat Keselamatan Pekerjaan dan Kelestarian Alam Sekitar (KPKA) telah dijenamakan semula struktur organisasinya dan dipisahkan menjadi 2 pejabat yang berlainan. Pejabat Keselamatan Pekerjaan telah diasingkan dan ditempatkan di Pejabat Pengurusan Pembangunan manakala bahagian Kelestarian Alam Sekitar dijenamakan semula sebagai Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEi) dan masih lagi beroperasi sepenuhnya di Kampus Teknologi.

CENSEi  merupakan pejabat yang berfungsi sebagai menjaga Kelestarian Alam Sekitar dengan fokus kepada Pengurusan Tenaga Pintar dan Pembudayaan Amalan Hijau dalam persekitaran Kampus.

CENSEi bertanggungjawab penuh dalam menerapkan semangat cintakan alam sekitar bagi mencorakkan pembangunan Kampus Lestari di kalangan warga UTeM melalui promosi, perkongsian dan penyebaran maklumat.

Search